Starbucks:2.00 ptg...
"Assalamualaikum,Rin..Dah lama kau tunggu aku?"soal Khai.Dia menarik kerusi lalu duduk dihadapan Rin.Suasana yang sedikit sepi sedikit sebanyak mententeramkan jiwa Khai..
"Waalaikumsalam..Hmm aku pun baru sampai."balas Rin lalu menghirup kopi panas yang dipesan tadi.Suasana sepi.Khai bagai hilang kata2.Dia tak tahu macamana nak memulakan perbualan.Terasa janggal berhadapan dengan orang yang pernah menjadi sahabatnya dulu..
"Khai.."Rin memulakan bicara.Dia menghela nafas panjang..Ada garis sendu di wajahnya..Rin menyambung kembali..
"Sebenarnya kalau boleh aku tak nak jumpa kau lagi.Tapi aku tak sanggup tengok penderitaan yang Lia lalui.Puas aku cari kau,tapi aku buntu.Sebelum kau telefon.Saiful ada hubungi aku.Dia beritahu yang dia dah jumpa kau.Jadi aku hanya tunggu panggilan dari kau."Rin tunduk sedih..
"Apa dia Rin?Apa yang berlaku pada Alia?Cerita pada aku.Mungkin aku patut tahu..."Khai cuba merungkai apa yang bermain di fikiran Rin..
"Memang kau patut tahu dan kau harus jumpa Lia sebelum dia pergi untuk selamanya.."Rin sebak.Air mata yang ditahan sejak tadi tak dapat dibendung lagi..
"Maksud kau?"Khai inginkan kepastian..
"Alia takkan hidup lama lagi Khai.Dia dah banyak derita kerana kau.."Rin mengesat air mata dan memandang tepat pada Khai.Dia menyambung semula..
"Apa yang kau buat,betul-betul beri kesan pada Alia.Bertahun dia tunggu kau,dia tak pernah buka hati dia untuk orang lain.Dia terlalu mencintai dan menyayangi kau.Tapi nasib tak menyebelahi dia bila doktor sahkan dia menghidap penyakit barah usus sama seperti arwah ibunya dulu.Dia terseksa Khai.."Air mata Rin tumpah lagi..
Khai yang dari tadi mendengar turut terkedu..
"Betul ke apa yang kau cakap ni Rin?Kenapa tak ada orang yang bagitau aku?"soal Khai..
"Alia tak bagi.Sebab dia tahu kau bahagia dengan orang lain.Dia nak mencintai kau dari jauh.Itu pun da cukup bagi dia.Tapi aku tak sanggup untuk terus tengok penderitaan Lia.Aku tak sanggup Khai..Pergilah kau cari dia,minta maaf dengan dia sebab dia tak pernah maafkan kesilapan kau dulu sampailah ke saat ni.Tapi aku nak sebelum dia pergi,kau jumpa dia..aku yakin dia pasti maafkan kau..sebab dia terlalu rindukan kau Khai.."
"Ya Allah..Apa aku dah buat ni.."rintih Khai dengan nada perlahan..Jelas tergambar penyesalan daripada perbuatannya dulu..
"Rin,aku menyesal,aku menyesal pukul dia dulu dan tinggalkan dia macam tu..Aku yang musnahkan hidup dia..Aku masih sayangkan dia Rin..Alia kat mana sekarang Lin?"soal Khai..Hatinya melonjak-lonjak untuk berjumpa dengan Alia..
"Dia ada kat hospital..Dia dah tenat Khai...Kau perlu jumpa dia.Dia pernah cakap kat aku,apa pun yang terjadi hanya kau yang dia sayang hingga akhir hayat dia walaupun dia tak maafkan kau.."balas Rin..
"Aku berdosa Rin..Aku tak pernah hargai dia.."rintih Khai lagi..
"Memang kau berdosa,sebab kau dia mainkan perasaan ramai lelaki sebab nak cuba lupakan kau..Tapi hakikatnya hati dia terluka dan kini Alia hanya menanti masa untuk pergi..Kau kejam Khai!!Kejam!"Rin mengeraskan suaranya sambil matanya memandang tepat Khai...
"Aku sedar sekarang Rin..Sue pun dah lama aku tinggalkan..Aku buta dengan kelembutan Sue..Aku pukul Alia,aku rosakkan hidup dia.."
"Sebab tu aku cari kau,masih belum terlambat Khai.."
"Terima kasih Rin.Aku pasti akan jumpa Alia..Aku terlalu rindukan dia.Banyak kenangan antara aku dan dia.. "Terpulanglah pada kau.Keputusan di tangan kau.Aku nak kau balik dulu..nanti ada apa-apa,kita berhubung lagi"ujar Rin lalu bangun untuk beredar dari situ..
Khai yang masih lagi terkejut hanya tersenyum pahit pada Rin.Hanya tuhan yang tahu isi hatinya saat itu..
"Abang sayangkan Lia..."bisik Khai dalam hati....
No comments:
Post a Comment