KaMi SaHaJa

KaMi SaHaJa

jom pollow cik kotak !!

Saturday, July 19, 2008

BERAKHIR SEBUAH DERITA...

SEKOLAH:8.30 pg...

"Woit! asal kau pukul kawan aku?Apa salah dia?Benci macamana pun jangan sampai nak pukul perempuan.Dulu kau sayang dia,tapi sekarang kau sendiri yang sakitkan dia.Kalau disebabkan Sue kau jadi macam ni,aku rasa Alia dah salah pilih orang.Kau tak patut muncul dalam hidup dia.Kau curang dengan dia lepas tu kau pukul dia.Apa ni,dayus tau tak!" ujar Rin yang tak dapat menahan perasaan marah dia lagi..
Khai yang terpinga-pinga terus menghamburkan kata.
"Dia yang cari pasal dengan aku,aku dah tawar hati dengan dia.Aku dah tak ada rasa sayang pada dia,cuma dia yang tak paham!Bukan salah aku kalau dia jadi macam tu" balas Khai.
"Kurang ajar kau Khai!Kau sedar tak apa yang kau cakap ni? 2 tahun kau bercinta dengan Alia,dia tak pernah terlintas nak curang dengan kau,dia ikut semua cakap kau,kau kongkong hidup dia.Pernah tak kau pikir ha!Lepas tu kau tinggalkan dia macam tu je.Aku tak sangka Khai yang aku kenal dulu dah berubah sampai macam ni.Kau akan menyesal Khai,menyesal!" Rin terus berlalu meninggalkan Khai.
Masih terngiang-ngiang ucapan terakhir Rin ..
"Kau akan menyesal Khai,menyesal..."
"Hmm,memang aku menyesal Rin.Aku dah terima balasannya."bisik Khai dalam hati sambil meraup wajahnya.Ada sedikit keluhan dari bibir Khai.
"Assalamualiakum kawan!" sapa satu suara.Khai menoleh..
"Ya Allah,kau rupanya Saiful.Lama aku tak dengar cerita pasal kau.Hmm dah 7 tahun kan.Sekejap je masa berlalu.Aku buat apa dekat sini? " soal Khai..
"Aku jual buku ke sekolah-sekolah.Tapi aku tak tahu kau mengajar dekat sekolah ni.Sebab tadi aku nak pergi koperasi nak hantarkan buku-buku ni,tapi ternampak kau dekat sini,itu yang aku singgah.."balas Saiful.
"Aku macamnilah Saiful.Keluar maktab terus mengajar kat sini."
"Oh,ingatkan kau mengajar dekat negeri lain,rupanya kat sini juga.Ishk-ishk keciknya dunia.."
"Nak buat macamana dah rezeki aku kat sini.." balas Khai sambil tersenyum
"Ha..dah terlanjur aku jumpa kau ni,aku nak beritahu pasal Alia.Kau inagt lagi kat dia kan?
"Lia?Aku baru teringat kat dia tadi.Kenapa dengan dia?Kau tau ke dia kat mana sekarang?Aku nak mintak maaf dengan dia atas semua salah dan silap aku dulu.."
"Itulah yang aku nak beritahu kau,Rin ada cari aku minggu lepas,dia cari kau.Tapi aku cakap aku dah lama tak berhubung dengan kau.Rin nak jumpa kau.Ada hal penting katanya.
"Benda penting?Apa dia?"soal Khai inginkan kepastian.Hatinya berdebar-debar.
"Aku pun tak tahu,cuma dia tinggalkan no telefon ni untuk kau.dia suruh kau hubungi dia dengan segera." ujar Saiful sambil menghulurkan sehelai kertas...
"Hmm,baiklah.Lepas sekolah nanti aku telefon dia.Sekarang aku ada kelas,nanti ada apa-apa aku bagitau kau,ni no telefon aku,ada masa telefon lah.."
"Ok lah,aku pun lepas ni nak balik ofis,tapi nak hantar buku ni dulu.Ada masa kita berbual lagi.Aku chow dulu..bye!" Saiful terus berlalu sambil melemparkan senyuman..
"Benda penting?Apa agaknya.."bisik Khai.
Seharian Khai di sekolah,hatinya tak tenang.Macam-macam yang bermain di dalam fikirannya.
Habis sesi persekolahan pada hari itu.Khai terus rumah pulang ke rumah tak seperti kebiasaannya,dia perlu hubungi Rin untuk mengetahui cerita sebenar.Usai solat Zohor dan makan,dia terus mendail no telefon Rin.
"Assalamualaikum,siapa ni?"lembut suara Rin memberi salam..
"Waalaikumsalam,aku ni Khai,kau sihat Rin?"soal Khai..
"Owh,kau..Aku sihat,"nada suara Rin terus berubah bila Khai memperkenalkan diri..
"Apa yang penting Rin?Kau macam marah aku je."duga Khai.
"Memang penting,marah aku pada kau tak pernah padam dari dulu sampai sekarang."
"Apa maksud kau?"soal Khai..
"Macamnila,hari Sabtu ni aku tak kerja,boleh aku jumpa kau?Kat sana nanti aku bagitau.."
"Hmm,baiklah,kita jumpa dekat Starbucks pukul 2.00 petang."
"Baiklah,assalamualikum" Rin meletakkan ganggang..
Khai terpana...
"Apa agaknya yang Rin nak bagitau?Adakah sebab Alia?"fikir Khai...

No comments: