KaMi SaHaJa

KaMi SaHaJa

jom pollow cik kotak !!

Monday, July 21, 2008

BERAKHIR SEBUAH DERITA...(last epsod)

Hospital:4.30 ptg..

"Assalamualaikum Alia.."tegur Rin sambil melangkah masuk.
"Waalaikumsalam Rin.."balas Lia sambil tersenyum tawar..
Rin merenung wajah sahabatnya itu.Kurus...tulang timbul di sana-sini.Begitu kuat dugaan yang menimpa Lia.Tentu perit untuk Lia menanggungnya sendirian..
"Kau macamana hari ni?Rasa kurang sikit sakit tu?"soal Rin,tapi dia tahu,sakit Lia takkan sembuh lagi.Dia dah tak banyak masa.Kalau boleh Rin mahu lihat Lia tersenyum semula..
"Hmm macamnilah Rin,aku tak pernah rasa sakit ni makin kurang,makin teruk adalah.."Lia cuba berseloroh..
"Ishk kau ni,tak baik cakap macam tu.Ajal maut di tangan tuhan.."ujar Rin.Dia risau melihat keadaan Lia yang semakin hari semakin tenat.Dia tak sanggup nak kehilangan Lia..
"Nak buat macamana Rin,ini dah nasib aku.."balas Lia..
Rin duduk di birai katil sambil menggengam tangan Lia.Dia inginkan kepastian daripada Lia..
"Lia,terus terang dengan aku.Kau masih sayang dan cintakan Khai?" soal Rin sambil tangannya makin erat menggengam tangan Lia..Lia yang terkejut,terus mengangkat muka.Dia tak sangka Rin boleh mengungkit kisah lama dalam keaadaan dia yang sedang tenat..
"Kenapa kau ni?Kenapa tanya aku macam tu?Aku tak nak ingat kisah lama lagi Rin.cukuplah Khai dah buat aku derita...."ujar Lia sambil melepaskan pegangan tangan Rin.Dia menarik nafas panjang,sesekali dia terbatuk,menahan sakit..
"Kau jangan tipu aku Lia.Aku tahu walaupun kau tak maafkan dia tapi hati kau masih menyayangi dia kan?" soal Rin..
"Entahlah Rin..aku pun tak tahu..bagi aku dialah cinta pertama dan terakhir aku...Memang aku sayangkan dia lagi,tapi biarlah dari jauh..Sebab aku tahu dia bahagia dengan orang lain...Dia dah lama buang aku daripada hidup dia.Aku takkan lupa bila Khai pukul aku,hina aku.Dia rosakkan hidup aku..Aku tak mungkin maafkan dia Rin..tak mungkin.." air mata Lia menitis.Terasa seperti ada beban yang masih menghimpit dia..Rin turut menangis..Bagi Rin penderitaan Lia tiada akhirnya..
"Aku faham Lia.Aku cuma nak tahu..Aku keluar sekejap ok.Nanti aku naik balik.Kau tunggu aku.."ujar Rin lalu beredar dari situ..
Lia termenung..Air matanya masih lagi mengalir.Dia kesal,sedih,marah,rindu,semuanya ada..
"Memang Lia sayangkan abang lagi.." bisik Lia..Dia memejamkan mata sambil otaknya ligat memutar kembali memori ketika dia bahagia bersam Khai..
"Alia.." sapa satu suara..
Lia membuka mata.Dia terasa macam pernah mendengar suara itu..
"Abang.." bisik Lia.Dia terkejut.Insan yang sekian lama hilang dalam hidup dia kini di depan mata..Insan yang selama ini Lia tunggu..
"Ya Lia..Abang datang nak minta maaf.Rin dah ceritakan semuanya..Abang menyesal Lia.." Khai berjalan ke arah Lia..Tapi Lia cuba menjauh,namun apa dayanya hanya mampu berbaring lesu di atas katil..
"Kenapa cari Lia?Tak ada apa-apa yang perlu dibicarakan.Semuanya dah berakhir.." air mata Lia semakin deras mengalir..Dia memalingkan muka.Rasa benci mula menghambat di hatinya..
"Maafkan abang Lia.Abang tahu abang salah.Abang tak pernah hargai Lia dulu.."Khai cuba memujuk.Dia cuba menyentuh tangan Lia,tapi ditepis...
"Pergi!!..Lia tak nak tengok muka abang lagi..pergi!!.." Lia menjerit..Hatinya betul-betul terluka..
Rin yang daripada tadi memerhati dari luar melangkah masuk.Dia cuba menenangkan Lia..
"Dahlah Lia.Kau sakit,bawak mengucap."pujuk Rin.
"Tak Rin,dia yang hancurkan hidup aku.Dia rosakkan impian dan hidup aku.Aku menderita kerana dia Rin.Kerana dia!!.."jerit Lia lagi..
Khai yang tidak dapat menahan sebak,mengalirkan air mata.Dia sedih melihat keadaan orang yang pernah dicintai,terseksa kerana kekhilafan dia..
"Abang minta maaf Lia,abang rayu pada Lia,maafkan abang.." pujuk Khai lagi..
"Tak abang,Lia tak maafkan..Pergi!!.." jerit Lia..Tiba-tiba Lia menarik nafas panjang sambil memegang perutnya yang sakit akibat pembedahan semalam..Lia mengerang keasakitan.Tangannya semakin kuat memegang perutnya..Darah mengalir laju..Cadar yang tadinya putih,bertukar warna.
"Aku panggilkan doktor,kau tahan ya Lia.."ujar Rin..Hatinya dipaut resah..Lia cuba menghalang tetapi Rin telah pun menghilangkan diri.
"Ya Allah!!.."jerit Lia.Khai cuba bertenang pada saat-saat itu.Dia menghampiri Lia.Khai tidak sampai hati membiarkan insan kesayangannya itu terus derita.Dipangkunya Lia,digenggamnya tangan Lia..Peluh merenik di dahi,tangan Lia terketar-ketar dan dadanya berombak serta matanya terpejam rapat..
"Maafkan abang Lia.." pinta Khai lagi.
"Lia menghela nafasnya perlahan-lahan..Walaupun amat payah.Hanya kalimah yang menyebut nama Allah masih terisi di bibir Lia.
"Lia jangan tinggalkan abang.Kita mulakan hidup baru.." pujuk Khai..Khai serba salah,Kelopak mata Lia terbuka lalu memandang sayu..Air mata Lia mengalir lesu..Lia cuba menyusun kata..
"Lia tak mampu abang.Lia dah tak banyak masa.." Lia cuba bersuara tapi suaranya tersekat-sekat..
"Lia sayangkan abang dari dulu sampai sekarang,sampai akhir hayat Lia.." Lia cuba menyambung lagi tetapi sakit yang ditanggungnya semakin mencengkam.Lia kuatkan semangat,dia cuba menarik nafas,digenggamnya tangan Khai,hanya satu ayat yang keluar dari bibir Lia..
"Lia maafkan abang..."...spontan Khai mencium dahi Lia dan ketika itu keluarlah kalimah yang mengaku tiada tuhan selain Allah dan Muhamad itu pesuruh Allah,bersama hembusan nafas yang sekian kali..
"Lia!!.." jerit Khai sambil memeluk tubuh Lia yang tidak lagi bernyawa..Dia masih lagi memegang tangan kaku itu.Jiwanya bergolak hebat..
Dari luar bilik,kedengaran derap kaki berlari...Air mata kasih mengalir jua..
Berakhir sebuah derita...........

-AIYENN UCHIHA-


No comments: